Soalan Kerap Ditanya
1. Bagaimana untuk mendaftar sebagai pengedar?
1. Untuk mendaftar sebagai pengedar DXN, sila klik “Daftar Sebagai Pengedar” di Menu, pilih negara anda dan masukkan kod penaja anda. Tanda pada kotak semak jika anda tidak mempunyai penaja. Baca dengan teliti “Pengedar Perlu Tahu” dan klik pada butang “Saya telah membaca dan faham”, ini akan membawa anda kepada borang pendaftaran.
2. Dalam borang pendaftaran, masukkan semua maklumat anda.
3. Jika negara anda tidak berada dalam senarai pilihan negara, sila ke cawangan yang berhampiran dengan anda untuk mendaftar.
4. Klik butang “Teruskan” dan semak semua maklumat anda.
5. Sebelum menghantar borang pendaftaran anda, sila pastikan anda telah membaca dengan teliti segala butiran, tanda pada “Saya telah membaca dan bersetuju dengan deklarasi diatas” pada Deklarasi Pemohon DXN, kemudian klik butang “Hantar” untuk melengkapkan pendaftaran.
6. Setelah anda menghantar pendaftaran keahlian anda, anda akan dibekalkan dengan kod pengedar yang baharu. Satu e-mel akan dihantar bersama kod pengedar baharu anda, maklumat keahlian dan satu kod pengaktifan bagi mengaktifkan akaun anda untuk Log Masuk Kali Pertama. Bagi negara yang mempunyai perkhidmatan SMS, anda akan menerima kod pengaktifan melalui SMS.
2. Bagaimana untuk mengaktifkan akaun saya?
Para pengedar perlu mengaktifkan akaun mereka untuk Log Masuk Kali Pertama.
Ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan akaun:
1. Klik pada “Log Masuk Kali Pertama” dari halaman log masuk, masukkan kod pengedar baharu anda dan klik “Teruskan”.
2. Masukkan tarikh lahir, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel dan kemudiannya “Mohon Kod Pengaktifan”.
3. Anda akan menerima kod pengaktifan melalui e-mel atau SMS. Masukkan kod pengaktifan yang telah diterima dan klik “Hantar”.
3. Bolehkah saya membeli barang tanpa akaun pengedar?
Tidak. Anda perlu mendaftar atau log masuk sebagai pengedar untuk membuat tempahan.
4. Bagaimana untuk memesan?
1. Currently the online purchase is only available for these countries.
2. Anda perlu log masuk sebagai pengedar untuk membuat tempahan.
3. Klik pada “Belian Atas Talian” di Menu, pilih produk pilihan anda dari kategori produk.
4. Tambah produk pilihan anda pada kart belian.
5. Klik pada “Semak Keluar” untuk mengisi alamat penghantaran pilihan anda dan pilih cara pembayaran.
6. Selepas keluar, resit pembelian akan dikeluarkan dan anda akan menerima nombor tempahan dan e-mel pemberitahuan.
5. Apakah jenis cara pembayaran yang disediakan?
Kad Kredit / Debit
- Kami menerima MasterCard atau Visa, antarabangsa atau tempatan.
Pindahan Bank
- Anda boleh membuat pembayaran melalui pindahan bank tempatan secara terus atau pindahan antara bank tempatan.
e-Point
- Anda boleh menggunakan baki e-Point untuk membuat pembayaran.
Paypal
- Anda boleh menggunakan akaun Paypal untuk pembayaran secara atas talian.
Bayar Waktu Terima (COD)
- Pembayaran boleh dilakukan ketika barang telah sampai.
Untuk senarai penuh negara dan cara pembayaran yang disediakan, sila rujuk SINI
6. Bagaimana untuk melakukan pembayaran melalui e-Point?
1. Ketika memilih cara pembayaran keluar, dengan memilih e-Point, anda akan dibawa ke akaun e-point.
2. Anda boleh melihat baki yang terdapat dalam akaun anda dan masukkan jumlah ke dalam Jumlah ingin Dituntut.
3. Klik pada butang “Hantar” akan membawa anda untuk memasukkan Kod PIN e-Point anda. Bagi mengekalkan PIN e-Point anda, anda boleh log masuk ke akaun anda dan mengekalkannya melalui menu Maklumat Peribadi.
4. Klik pada butang “Hantar” untuk memproses transaksi dan ringkasan transaksi dengan baki e-Point yang terkini akan dipaparkan di skrin.
5. Jika anda membayar sebahagian menggunakan e-Point anda, anda perlu memilih cara pembayaran kedua bagi membayar baki yang tinggal.
7. Apa itu yuran penghantaran dan pengendalian?
Yuran penghantaran boleh dikenakan dan dikira secara automatik berdasarkan alamat penghantaran dan berat / dimensi. Anda layak dikecualikan dari yuran penghantaran jika jumlah nilai belian anda melebihi tahap tertentu di negara belian yang terlibat.
For full details on shipping and handling charges based on the country, please refer SINI
8. Bagaimana untuk menjejak tempahan saya?
Anda boleh log masuk dan menjejak status tempahan anda dengan memilih “Jejak Tempahan”. Masukkan nombor tempahan dan klik butang “Jejak”, status pesanan anda akan ditunjukkan pada skrin. Jika pembayaran anda belum disahkan, anda akan nampak status sebagai menunggu pengesahan pembayaran, atau anda boleh menyemak tarikh jangka hantar tempahan anda.
9. Barang saya belum sampai, apa yang boleh saya lakukan?
Bagi kebanyakkan pembelian, anda akan menerima tempahan anda dalam tempoh 2-5 hari bekerja. Anda juga boleh log masuk dan menjejaki status tempahan anda. Untuk sebarang soalan, sila beri Maklum Balas. beri maklum balas kepada kami
10. Tiada Harga DP disediakan pada produk?
Anda perlu log masuk untuk melihat harga DP. Harga DP adalah berdasarkan negara berdaftar. Tiada harga DP untuk negara-negara yang tidak mempunyai belian atas talian. Sila rujuk senarai negara yang mempunyai belian atas talian di Soalan 4.
11. Adakah harga DP termasuk cukai?
Jika negara anda mempunyai cukai, harga DP produk akan termasuk dengan cukai.
12. Boleh saya bayar secara atas talian dengan selamat?
Untuk setiap Kad Kredit atau transaksi PayPal, ianya disertakan dengan persekitaran yang selamat dengan enkripsi selamat bagi menjaga data peribadi dan maklumat dari akses tanpa kebenaran. Ianya terjamin bahawa bagi setiap pembelian, maklumat anda akan terjamin selamat. Kami hargai privasi dan bekerja keras untuk memastikan bahawa maklumat anda selamat dan tidak akan diberikan kepada pihak lain. Bagi mengetahui lebih mengenai bagaimana kami memastikan maklumat anda selamat, sila baca Polisi Privasi kami.
13. Bagaimana saya akan mengetahui bahawa bayaran saya sudah berjaya?
An order number will displayed on screen for successful transactions, you will also receive a notification email that contains an order number. If you have not received the order number, please try placing your order again. Alternatively, please feedback us to confirm the placement of your order.
14. Apa yang patut saya lakukan apabila maklumat kad kredit saya tidak diterima?
Please check with your bank or financial institution to rule out errors on their behalf. If problems continue to persist, please feedback us to help you with the technical difficulties.
15. Adakah maklumat saya akan dijual kepada pihak ketiga?
Maklumat anda tidak akan dijual atau diberikan kepada pihak lain. Privasi anda penting untuk kami, sila baca Polisi Privasi kami.
16. Bolehkan saya memulangkan barang yang telah dibeli?
Setiap negara mempunyai polisi pengembaliannya tersendiri. Sila rujuk cawangan berhampiran untuk maklumat lanjut.
For full details of the return policy by country, please refer SINI
17. Bagaimana untuk saya mengemas kini maklumat di Akaun Saya?
Sila log masuk dan bagi menukar kata laluan anda, klik “Tukar Kata Laluan”. Untuk menambah atau mengedit “Alamat Penghantaran”, klik “Maklumat Peribadi” dan klik “Edit” bagi mengedit alamat penghantaran. Tukar maklumat yang diperlukan dan klik butang “Simpan” bagi memastikan maklumat anda telah disimpan.
18. Bagaimana untuk melihat tempahan yang telah saya lakukan?
Sila log masuk dan klik “Tempahan Saya”. Anda akan dapat melihat tempahan yang telah anda lakukan dengan padanan nombor tempahan. Gunakan maklumat yang disediakan apabila anda ingin memeriksa tempahan yang telah anda buat.
19. Apa yang boleh saya lakukan dengan Pertanyaan Bonus, Pertanyaan E-Point dan Kelayakan Saya?
Bonus: Anda boleh memeriksa dan menyemak maklumat bonus dari bulan ke bulan, memeriksa status bonus dan tahap kelayakan dalam Pertanyaan Bonus;
E-Point: Anda boleh memeriksa baki e-Point anda, sejarah transaksi dan status pengeluaran dalam Pertanyaan e-Point;
PPV: Anda boleh menyemak PV peribadi dan kumpulan di Kelayakan Saya.