Terma dan Syarat Belian Atas Talian
|
|
1. Mengenai Terma dan Syarat ini
|
|
Dalam terma dan syarat ini, DXN Marketing Sdn Bhd (selepas ini akan dirujuk sebagai “kami” dan “kita”) dan pelanggan (selepas ini akan dirujuk sebagai “anda”). Di dalam terma dan syarat ini, sesetengah perkataan yang dieja dengan huruf besar adalah terma tertakrif. Bagi memudahkan rujukan, terma tertakrif ini telah disenaraikan bersama pada akhir terma dan syarat ini. Terma dan syarat ini didatangkan bersama dengan Pengesahan Belian yang membentuk Perjanjian diantara kami dengan anda bagi membekalkan Produk.
|
|
2. Menempah
|
|
|
2.1 Belian atas talian ini hanya boleh digunakan oleh pengedar yang berdaftar.
|
|
|
2.2 Anda bertanggungjawab untuk memasukkan tempahan yang diinginkan dengan betul. Jika maklumat yang dimasukkan tidak tepat, ianya mungkin akan mengakibatkan anda untuk menerima dan perlu membayar bayaran untuk Produk yang tidak diingini.
|
|
|
2.3 Nombor Tempahan Belian akan dikeluarkan setelah anda membuat tempahan. Tempahan Belian tidak menggambarkan penerimaan anda kepada Tempahan anda dan ianya hanyalah bagi tujuan rujukan sahaja.
|
|
|
2.4 Dengan menempah,anda telah membuat tawaran kepada kami untuk membeli produk yang telah anda pilih berdasarkan terma dan syarat ini. Bergantung kepada budi bicara kami, kami boleh sama ada untuk menerima atau menolak tawaran tersebut.
|
|
|
2.5 Tempahan anda dianggap diterima oleh kami setelah kami mengeluarkan sebuah Pengesahan Tempahan melalui e-mel. Jika kami tidak boleh menerima Tempahan anda, kami akan cuba untuk menghubungi anda dengan sesegera yang mungkin sama ada melalui e-mel atau telefon.
|
|
|
2.6 Sementara kami berusaha untuk membekalkan anda dengan Produk yang telah disenaraikan pada Tempahan Belian, mungkin terdapat keadaan, di mana kami tidak dapat untuk membekalkan Produk ini yang disebabkan oleh, contoh:
-
1. Produk yang tidak lagi dihasilkan atau tidak lagi dijual atau
-
2. jika terdapat keadaan yang tidak terjangka dari pihak kami.
|
|
|
2.7 Any cancellation by you is not allowed after issuance of the Purchase Order. However, we reserve the right to cancel your order in accordance with circumstances beyond our reasonable control subject to prior notification to you via email or telephone. ( ** Only purchase transaction done under Bulgaria allow cancellation within 14 days.)
|
|
|
2.8 Maklumat yang terkandung dalam pengiklanan, brosur dan lain-lain bahan bertulis pada laman web kami atau diberikan kepada anda oleh ejen atau staf kami adalah satu pelawaan. Tiada maklumat yang perlu dianggap sebagai tawaran kepada kami untuk membekalkan anda sebarang jenis Produk.
|
|
3. Pembekalan Produk
|
|
Tertakluk kepada terma dan syarat ini, kami akan membekalkan Produk kepada anda seperti yang telah dinyatakan pada Tempahan Belian.
|
|
4. Harga
|
|
|
4.1 Harga produk akan menjadi harga yang dipaparkan pada Tempahan Belian anda.
|
|
|
4.2 Kos penghantaran, di mana yang terpakai, hendaklah dibayar oleh anda seperti yang dipaparkan pada Tempahan Belian anda.
|
|
5. Membayar untuk Produk Anda
|
|
|
5.1 Produk Belian anda boleh dibayar menggunakan kad kredit atau sebarang cara pembayaran yang dipaparkan pada bahagian pembayaran pada e-World DXN dari masa ke semasa.
|
|
|
5.2 Anda mesti membayar dalam mata wang seperti yang telah dinyatakan pada Tempahan Belian anda.
|
|
|
5.3 Anda perlu memberikan maklumat kad kredit apabila anda membuat Tempahan. Kad kredit tidak akan dikenakan caj apabila kami mengeluarkan Tempahan Belian. Kami tidak akan memulakan pembekalan Produk sehingga pengeluar kad kredit telah mengesahkan penggunaan kad untuk pembayaran kepada Produk yang telah ditempah. Jika kami tidak menerima pengesahan berkenaan, kami akan maklumkan kepada anda. Kami mempunyai hak untuk mengesahkan identiti pemegang kad kredit dengan memohon dokumen yang berkenaan.
|
|
6. Penghantaran Produk yang telah Dibeli
|
|
|
6.1 Kami akan menghantar Produk yang telah Dibeli kepada anda ke alamat penghantaran seperti yang dipaparkan pada Tempahan Belian anda.
|
|
|
6.2 Kami akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk memproses Tempahan Belian anda selepas tarikh pengeluaran Pengesahan Tempahan anda. Jangkaan masa penghantaran produk yang telah diberikan ketika anda membuat Tempahan hanyalah jangkaan dan tidak menggambarkan masa sebenar penghantaran.
|
|
|
6.3 Kelayakan dan risiko kehilangan atau kerosakan pada Produk akan dipindahkan kepada anda setelah penghantaran Produk tersebut.
|
|
|
6.4 Jika anda menerima sebarang produk yang anda beli dari kami yang telah rosak, anda perlu memaklumkan mengenainya kepada kami sama ada melalui telefon atau e-mel dalam tempoh 2 hari bekerja kemudian. Kegagalan berbuat demikian, kami mempunyai hak untuk tidak mengganti atau menukar barang yang telah rosak tersebut kepada anda.
|
|
7. Liabiliti
|
|
|
7.1 Had liabiliti kami adalah seperti berikut :
|
|
|
7.1.1 Terma dan syarat ini menggambarkan tanggungjawab dan liabiliti kami dalam membekalkan Produk;
|
|
|
7.1.2 Tiada jaminan, syarat atau lain-lain terma yang mengikat kami kecuali seperti yang telah dinyatakan di dalam Perjanjian; dan
|
|
|
7.1.3 Sebarang waranti, syarat, atau lain-lain terma yang berkenaan dengan Produk yang mungkin tersirat di dalam atau digabungkan ke dalam Perjanjian dengan statut, undang-undang biasa atau sebaliknya (termasuk tanpa terbatas pada sebarang terma tersirat untuk kualiti, kesesuaian, munasabah dan kebolehan) adalah dinyatakan berasingan. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Produk tersebut sesuai untuk kegunaan anda.
|
|
|
7.2 Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah Perjanjian atas sebarang kerugian pendapatan, kerugian keuntungan, kerugian perjanjian, kerugian maklumat atau untuk sebarang kerugian atau kerosakan secara terus atau turutan atau yang sama sepertinya yang muncul dan sama ada yang disebabkan oleh salah laku (termasuk kecuaian), pelanggaran perjanjian atau sebagainya.
|
|
|
7.3 Liabiliti terkumpul maksimum kami di bawah Perjanjian sama ada dalam perjanjian, salah laku (termasuk kecuaian) tidak boleh dalam apa jua keadaan untuk melebihi jumlah yang boleh dibayar oleh anda kepada kami yang berkaitan dengan Produk yang dipersoalkan.
|
|
8. Perlindungan Maklumat
|
|
Dengan membuat pesanan, anda telah bersetuju dan memahami bahawa kami mungkin akan menyimpan, memproses dan menggunakan data yang telah dikumpulkan dari anda melalui Pesanan Belian anda bagi tujuan memproses Pesanan anda. Sila ambil perhatian bahawa kami juga mungkin akan berkongsi data terbabit secara global dengan kumpulan syarikat DXN. Kesemua syarikat DXN akan melindungi maklumat anda menurut Polisi Privasi Pelanggan DXN. Kami bekerjasama dengan syarikat lain yang membantu kami dalam menyediakan Produk dan perkhidmatan kepada anda. Sebagai contoh, kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan syarikat bagi menghantar Produk kepada anda atau bagi memastikan anda mendapat faedah dari diskaun belian istimewa atau terma. Jika anda memohon bantuan kewangan untuk membayar Produk yang telah dibeli, sebahagian dari maklumat yang anda berikan kepada kami akan dihantar kepada syarikat yang memberi bantuan kewangan untuk pembelian anda. Bagi maklumat yang lebih tentang bagaimana kami melindungi maklumat anda, sila rujuk Polisi Privasi Pelanggan DXN. Jika anda ingin mempunyai akses kepada maklumat kami yang berkaitan dengan anda, jika anda ingin membuat sebarang perubahan, atau jika anda tidak mahu mendapat sebarang maklumat dari kami atau syarikat pihak ketiga, atau mengemaskini pilihan perhubungan persendirian anda, anda boleh menghubungi Pengawal Data DXN.
|
|
9. Keadaan Diluar Batasan Kawalan Kami
|
|
Kami akan berusaha bagi memenuhi tanggungjawab kami seperti yang terkandung di dalam Perjanjian. Walau bagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelambatan atau kegagalan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut jika kelambatan atau kegagalan disebabkan oleh keadaan diluar batasan kawalan kami. Jika terdapat sebarang kelambatan, kami akan menunaikan tanggungjawab kami dengan secepat yang mungkin.
|
|
10. Undang-undang Mentadbir
|
|
Undang-undang Malaysia mentadbir Terma dan Syarat ini. Dengan mengakses laman web (dan menggunakan perkhidmatan atau membeli produk kami) anda telah memberi kebenaran kepada Terma dan Syarat ini dan kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia jika terdapat sebarang pertikaian.
|
|
11. Maklumat Umum
|
|
|
11.1 Kegagalan kami untuk menguatkuasakan sebarang terma dalam Perjanjian tidak menggambarkan pengecualian bagi terma tersebut. Kegagalan berkenaan tidak akan memberikan kesan terhadap hak kami untuk menguatkuasakan terma berkenaan.
|
|
|
11.2 Ketaksahan atau kegagalan untuk menguatkuasakan peruntukan dari Perjanjian tidak akan memberi kesan buruk kepada kesahan atau penguatkuasaan peruntukan lain.
|
|
|
11.3 DXN mempunyai hak untuk mengubah, meminda, mempelbagaikan atau membuat penambahan pada Terma dan Syarat pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.
|
|
12. Terma Tertakrif
|
|
|
12.1 Dalam Terma dan Syarat ini:
|
|
|
12.2 DXN Marketing Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang siperbadankan di Malaysian yang beralamat di Block C, 8 Suria boutique Offices, Jalan PJU 1/42, Dataran Prima 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
|
|
|
|
|
|
Terma dan Syarat Laman Web Peribadi DXN
|
|
1. Maklumat Umum
|
|
SILA BACA PERJANJIAN INI DENGAN TELITI sebelum menerima atau menggunakan Laman Web Peribadi Replika DXN ('Laman Web') melalui http://user.mydxn.net
Perjanjian Pengguna Laman Web ini (Perjanjian) mentadbir penggunaan Laman Web ini dan segala teks, imej grafik, perisian, pangkalan data, dan lain-lain objek digital ('Aset') pada laman web seperti yang telah disediakan oleh DXN dari masa ke semasa. Perjanjian ini mewakili semua terma dan syarat, notis, peruntukan dan garis panduan penggunaan yang berkenaan yang berkaitan dengan kegunaan laman web ini dan memahami di antara DXN dan individu atau mereka yang melanggan kepada Laman Web ('Pengguna')
|
|
2. Perakuan dan Penerimaan Perjanjian ini
|
|
|
2.1 Dengan menggunakan dan mengakses kepada dan/atau berterusan menggunakan Laman Web ini akan menggambarkan bahawa Pengguna bersetuju untuk menerima atau mematuhi kepada Terma dan Syarat ini. DXN mempunyai hak untuk menghentikan akses mana-mana Pengguna kepada Laman Web ini dan mana-mana atau kesemua Aset pada bila-bila masa, dengan notis atau tanpa notis, bagi perlakuan yang melanggar perjanjian ini, bagi perlakuan yang DXN percaya merbahaya kepada perniagaannya, atau perlakuan yang mana penggunaan Laman Web ini adalah merbahaya untuk sebarang pihak.
|
|
|
2.2 Perjanjian ini adalah perjanjian menyeluruh di antara Pengguna dan DXN dan menggantikan sebarang perjanjian yang bercanggah, perwakilan dan pemahaman, sama ada secara bertulis atau lisan. Tajuk yang digunakan pada Perjanjian ini adalah bagi tujuan kemudahan sahaja dan tidak boleh digunakan bagi menentukan makna atau interpretasi terma dan syarat ini bagi penggunaan Laman Web ini.
|
|
|
2.3 Pengguna memperakui bahawa tiada usahasama, perkongsian, pekerjaan atau hubungan dengan agensi yang wujud di antara Pengguna dan DXN yang disebabkan oleh Perjanjian ini atau penggunaan Laman Web ini.
|
|
3. Hak DXN untuk Mengubahsuai Perkhidmatan, Terma dan Syarat
|
|
DXN mempunyai hak dalam budi bicaranya pada bila-bila masa, untuk mengubah, mengemaskini, atau meminda Perjanjian ini dan/atau memadamkan mana-mana dari terma dan syarat, termasuk juga sebarang ciri-ciri pada Laman Web ini pada bila-bila masa, dengan notis atau tanpa notis, atas apa-apa alasan dan tanpa liabiliti kepada Pengguna atau pihak ketiga. Perubahan atau pengubahsuaian akan efektif kepada Pengguna selepas Perjanjian yang telah diubahsuai telah dipaparkan pada Laman Web ini. Pengguna bertanggungjawab untuk membaca Perjanjian ini dari masa ke semasa bagi memastikan penggunaan Laman Web ini mematuhi Perjanjian ini.
|
|
4. Tujuan Laman Web
|
|
Tujuan Laman Web ini adalah bagi membolehkan Pengguna untuk berkomunikasi melalui blog dan berkongsi pengalaman mereka dengan pengguna lain. Walaupun sebahagian dari Laman Web ini boleh digunakan secara percuma kepada umum, sebahagian yang lain mungkin hanya boleh digunakan oleh Pengguna tertentu (contoh: admin bagi halaman dalam Laman Web)
|
|
5. Penggunaan yang dibenarkan
|
|
Laman Web boleh digunakan bagi tujuan yang dibenarkan dan sah. Laman Web ini menyediakan Aset bagi tujuan pendidikan bukan komersial, tujuan peribadi dan berkongsi, dan juga maklumat mengenai perkhidmatan dan sumber-sumber Laman Web. Pengguna tidak boleh menyalin, menghasilkan semula, memancarkan semula, mengedar, menerbit, mengekploit secara komersial atau memindahkan sebarang bahan bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran bertulis dari DXN dan/atau bayaran yang sewajarnya kepada DXN.
|
|
6. Penggunaan yang Dilarang
|
|
|
6.1 Tiada Pengguna boleh mengawal atau menghalang akses kepada Laman Web dalam apa-apa cara.
|
|
|
6.2 Pengguna tidak boleh memuat naik, menghantar, mengedar, atau menerbitkan kandungan yang berikut dalam Laman Web ini sebarang pesanan atau cara komunikasi yang disediakan melalui Laman Web:
-
a) Sebarang kandungan yang melanggar atau dilarang mengikut Undang-undang dan Syarat Keahlian DXN.
b) Kandungan yang ditegah, mendera, mengancam, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat, lucah, mencabuli, palsu, dan tidak sopan;
c) Kandungan yang membenarkan, menggalakkan, mengandungi atau berkait dengan warez, rengkah, gadam, kemudahan yang berkaitan dengannya, sama ada untuk tujuan pembelajaran atau tidak.
d) Kandungan yang telah dipromosikan melalui penghantaran Spam atau skim penipuan e-mel, atau halaman yang mempromosikan atau menggalakkan penghantaran Spam. Penghantaran e-mel secara pukal yang berasal dari server kami diedarkan secara meluas kepada penerima yang tidak diketahui bagi tujuan mencari pelanggan produk atau perkhidmatan, atau email pukal yang BUKAN berasal dari server kami yang diedarkan secara meluas kepada penerima yang tidak diketahui bagi tujuan mempromosikan produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan DXN akan menyebabkan penggantungan akaun secara serta-merta.
e) Kandungan yang mencabuli atau menyalahi sebarang hak cipta, paten, tanda dagang, tanda perkhidmatan, nama dagangan, rahsia dagangan, atau lain-lain hak harta intelek bagi mana-mana pihak lain;
f) Kandungan yang mengandungi bahan-bahan yang mengiklankan atau bertujuan untuk mendapatkan dana, barang atau perkhidmatan;
g) Kandungan yang mengandungi virus atau lain-lain komponen yang mampu merosakkan komputer orang lain;
h) Kandungan yang menggalakkan penipuan e-mel, pertandingan, kaji selidik, skim piramid, surat berantai atau lain-lain aktviti yang salah dan berunsur penipuan;
i) Kandungan yang memaparkan atau mendedahkan maklumat yang mendedahkan identiti seseorang atau maklumat peribadi mengenai pihak ketiga tanpa kebenaran mereka.
j) Kandungan yang menawarkan untuk menjual atau membeli sebarang jenis barang, atau permintaan dana atau barangan yang bernilai;
k) Mengubah, menyusun semula atau mendapat kod sumber tersembunyi atau struktur atau susunan sebarang perkhidmatan, solusi atau teknologi DXN.
|
|
|
6.3 Sebarang penggunaan Laman Web menggambarkan kebenaran yang diberikan bagi mengawasi dan mengaudit oleh DXN dan ejennya. Walaupun DXN tiada tanggungjawab untuk mengawasi Laman Web, DXN mempunyai hak berdasarkan budi bicaranya untuk membuang, mengedit, memindahkan tidak mahu memaparkan atau mengambil sebarang tindakan terhadap sebarang pesanan, maklumat atau fail yang dianggap boleh dibangkang, tidak sesuai, atau melanggar Perjanjian ini.
|
|
|
6.4 Penggunaan komersial ke atas Aset hak cipta dan laman web adalah menyalahi undang-undang tanpa kebenaran bertulis dari DXN terlebih dahulu dan/atau bayaran yuran yang berkenaan.
|
|
|
6.5 Merangka atau pengehosan mana-mana bahagian Aset Laman Web atau laman web di dalam laman web lain memerlukan kebenaran bertulis terlebih dahulu dari DXN. Tiada bahagian dalam Aset Laman Web atau laman web boleh dipaparkan di dalam rangka, halaman, atau sebahagian halaman pada laman web yang lain tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari DXN dan/atau bayaran yang berkenaan.
|
|
|
6.6 Mengambil Aset Laman Web dengan apa cara sekalipun, bagi digunakan untuk laman web lain atau untuk produk lain, adalah dilarang sama sekali. Kecuali bahan yang berada di domain umum, semua Aset adalah hak cipta © 2015, DXN Holdings Berhad.
|
|
|
6.7 Pengguna tidak boleh mengambil atau mengumpulkan maklumat mengenai individu lain, termasuk alamat e-mel, tanpa kebenaran dari pemilik.
|
|
7. Notis Undang-undang
|
|
Komunikasi yang dilakukan melalui atau kepada e-mel bagi Laman web, surat berita atau lain-lain aset tidak membentuk notis undang-undang kepada DXN.
|
|
8. Privasi
|
|
|
8.1 DXN menghormati privasi para Pengguna Laman Web. DXN, dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dengan ini akan meminta kebenaran dalam hal yang berkaitan dengan pengumpulan, merekod, menyimpan, mengguna dan melindungi maklumat peribadi Pengguna. Pengguna yang menggunakan Laman Web ini bersetuju dan membenarkan pengumpulan, merekod, menyimpan, mengguna, melindungi dan pendedahan maklumat peribadi mereka oleh DXN bagi tujuan Perjanjian ini atau lain-lain keperluan undang-undang.
|
|
|
8.2 DXN tidak ada sebarang perwakilan atau waranti terhadap ketepatan, kebolehpercayaan, atau kesulitan perhubungan di Internet. Pengguna tidak boleh mengeluarkan sebarang maklumat sensitif atau sulit mengenai DXN melalui e-mel. DXN memberikan usaha yang sewajarnya bagi memberi maklum balas kepada e-mel yang telah diterima, ciri-ciri email dan lain-lain perhubungan elektronik yang tidak boleh dipercayai tidak menjanjikan bahawa pesanan akan selalu diterima.
|
|
|
8.3 Laman Web tidak menggunakan “kuki” untuk menjejak penggunaan Internet Pengguna.
|
|
9. Penafian dan Had Liabiliti
|
|
|
9.1 Laman Web ini disediakan atas dasar “seperti adanya” dan “seperti tersedia” dan penggunaan Laman Web ini adalah atas risiko Pengguna sendiri. DXN boleh melakukan perubahan dan penambahbaikan kepada kandungan Laman Web dari masa ke semasa. DXN tidak mempunyai perwakilan, waranti atau jaminan, yang dinyatakan atau dijalankan, berdasarkan Perjanjian atau perkhidmatan atau maklumat yang disediakan melalui laman Web, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti kebolehterimaan, kesesuaian untuk sesuatu tujuan, tajuk, dan tiada pelanggaran. DXN menafikan mana-mana dan kesemua waranti untuk ketepatan, kebolehsediaan, kelengkapan, kebolehpercayaan, kesesuaian, kekinian, kebergunaan atau kesahan maklumat atau nasihat, barangan, atau perkhidmatan yang diterima atau diiklankan pada mana-mana pautan yang tersedia di Laman Web.
|
|
|
9.2 Pengguna memuat turun atau memperoleh maklumat atau data melalui Laman Web atau Aset adalah sepenuhnya atas budi bicaranya dan risiko Pengguna, dan Pengguna bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan kepada sistem komputer atau kehilangan data yang disebabkan oleh muat turun terbabit. DXN menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang disebabkan oleh muat turun atau mengakses bahan dari Laman Web.
|
|
|
9.3 Walaupun telah berusaha bagi memberikan maklumat yang terkini dan tepat, kandungan Laman Web boleh mengandungi maklumat yang tidak tepat atau kesalahan ejaan yang tidak disengajakan. Para Pengguna tidak boleh hanya bergantung kepada nasihat yang disampaikan melalui Laman Web dan server untuk peribadi, komersial, perubatan, perundangan atau keputusan kewangan. Para Pengguna perlu merujuk pihak profesional bagi mendapatkan nasihat yang sesuai bagi tajuk-tajuk tersebut. DXN menafikan segala tanggungjawab atau liabiliti bagi ketepatan, kandungan, kelengkapan, kesahan, kebolehpercayaan, atau kebolehkendalian atau kebolehsediaan maklumat atau bahan yang dipaparkan dalam bentuk digital. Laman Web tidak bertangungjawab untuk pemotongan, kegagalan menyimpan, salah hantar, atau penghantaran pada waktu yang tidak bersesuaian bagi maklumat atau bahan, kecuali telah ditentukan dengan satu perjanjian bertulis dan pembayaran dengan jumlah yang berpatutan.
|
|
|
9.4 DXN tidak akan bertanngungjawab kepada Pengguna ke atas kerosakkan atau kerugian ekonomi secara nyata, tidak nyata, kebetulan atau bersebab akibat menggunakan kandungan atau perkhidmatan yang disediakan oleh DXN. DXN, pengarah-pengarahnya, pegawai-pegawai, pekerja dan ejen tidak akan bertanggungjawab kepada Pengguna atau sesiapa sahaja atas sebarang kerugian atau kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan atau laman web Pengguna. DXN, pengarah-pengarahnya, pegawai-pegawai, pekerja dan ejen atau wakil-wakil lainnya akan bertanggungjawab kepada mana-mana pengguna ke atas akaun yang pengguna tersebut gunakan atau salahgunakan atau kebergantungan kepada Laman Web, yang timbul dari mana-mana tuntutan yang berkaitan dengan Perjanjian ini.
|
|
10. Perlindungan
|
|
|
10.1 Para pengguna telah bersetuju untuk mempertahankan, ganti rugi dan pegang-lepas dari dan terhadap DXN, pengarah-pengarahnya, pegawai-pegawai, pekerja dan ejen, dan bagi membayar balik kepada DXN, jika terdapat sebarang kerugian, kerosakan, liabiliti, tuntutan, penghakiman, penyelesaian, denda, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran yang munasabah, yuran guaman, kos penyiasatan) dalam pelbagai keadaan yang ditanggung oleh DXN yang disebabkan oleh keadaan yang timbul atau berkaitan dengan keadaan berikut:
-
a) Pelanggaran Perjanjian ini oleh Pengguna; atau
b) Pelanggaran hak cipta, cap dagang, paten, rahsia dagang atau sebarang hak harta intelek oleh mana-mana pihak sama ada pada kandungan atau laman web Pengguna; atau
c) Kandungan yang haram, berunsur lucah atau diskriminasi pada laman web Pengguna.
|
|
11. Pautan ke Halaman Pihak Ketiga
|
|
|
11.1 Laman Web boleh mengandungi pautan ke laman web lain yang diselenggara oleh pihak ketiga yang mana DXN tidak mempunyai kuasa untuk mengawalnya. DXN tidak menaja atau menyokong kandungan atau pendapat yang disuarakan pada laman pihak ketiga. DXN tidak mewakili atau menjamin ketepatan, kebolehpercayaan atau kesahan halaman pihak ketiga. Pautan ini adalah tersedia bagi kemudahan sahaja. Penggunaan pautan ini akan menyebabkan Pengguna untuk meninggalkan Laman Web ini dan penggunaan laman web pihak ketiga adalah di bawah risiko Pengguna sendiri.
|
|
|
11.2 Pengguna adalah bertanggungjawab bagi mematuhi undang-undang, peraturan atau polisi yang terpakai kepada rangkaian pihak ketiga, server, pengkalan data komputer, atau lama web, yang mengelola interaksi Pengguna sebagai pelawat.
|
|
|
11.3 DXN tidak akan bertanggungjawab ke atas siaran web atau lain-lain jenis penghantaran yang diterima dari sebarang laman berpatutan.
|
|
12. Statistik
|
|
Walaupun DXN mungkin menggunakan program komputer bagi mengesan maklumat berstatistik mengenai setiap pelawat ke Laman Web, bagaimana pelawat tersebut datang ke Laman Web, dan melawat ke halaman dalam Laman Web, tiada maklumat yang boleh dikenalpasti secara peribadi dikumpulkan dalam program ini. Data yang dikumpulkan akan membantu DXN bagi membangunkan Laman Web menerusi analisis penggunaan.
|
|
13. Hak Dagangan
|
|
|
13.1 DXN mengekalkan hak cipta pada aset-aset pada Laman Web. Aset-aset ini mengandungi item yang direka secara peribadi dan beberapa item yang dicipta secara keseluruhan atau sebahagian oleh DXN dan dipaparkan pada Laman Web.
|
|
|
13.2 Aset yang diterbitkan pada Laman Web adalah dipelihara oleh hak cipta dan lain-lain hak harta intelek, yang dimiliki atau dikawal oleh DXN atau pihak yang disenaraikan sebagai pembekal kepada Aset. Penggunaan komersial Aset adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu oleh DXN dan pemilik hak cipta lain. Apabila DXN memberikan akses kepada kandungan elektronik pihak ketiga, sumber tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang telah diberikan oleh pemilik.
|
|
|
13.3 Sebarang penghasilan semula bahan berhak cipta adalah dikelola oleh undang-undang hak cipta. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penggunaan yang salah atau penggunaan haram ke atas Aset DXN atau kandungan pihak ketiga. Adalah menjadi tanggungjawab Pengguna untuk menentukan bahawa perlu atau tidak untuk memperoleh kebenaran dari seseorang atau sesuatu entiti bagi menggunakan Aset dan sama ada ianya memerlukan sebarang bayaran yuran atau tidak.
|
|
|
13.4 Logo dan cap dagang DXN adalah harta intelek DXN, kerana kesemua pengepala halaman, grafik, logo dan ikon butang. Pengguna tidak boleh menghubungkan sebarang tanda perkhidmatan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada DXN. Lain-lain tanda dagang dan tanda dagang berdaftar dirujuk kepada atau dihasilkan semula pada Laman Web ini dan server adalah hak DXN.
|
|
|
13.5 DXN tidak menuntut sebarang pemilikan terhadap bahan-bahan yang digunakan, dipaparkan, dimuat naik, dimasukkan, atau dihantar oleh Pengguna pada Laman Web (termasuk maklum balas dan cadangan). Dengan menyediakan, menghantar, memuat naik, memasukkan, atau menghantar bahan, walau bagaimanapun, Pengguna mendapat hak dan kebenaran untuk DXN menggunakan bahan mereka yang berkaitan dengan operasi Laman Web. Hak dan kebenaran ini adalah tanpa had dan termasuk dengan hak untuk menyalin, mengedarkan, menghantar, memaparkan kepada secara umum, menyampaikan kepada orang awam, menghasilkan semula, mengedit, menterjemah dan format semula sebarang bahan yang dihantar; dan menerbitkan nama Pengguna bagi bahan yang dihantar terbabit. Pengguna tidak akan menerima sebarang pampasan ke atas bahan yang dihantar, seperti yang telah disebutkan. DXN tidak bertanggungjawab untuk menerbitkan atau menggunakan sebarang bahan yang dihantar dan boleh membuang sebarang bahan yang telah dihantar pada bila-bila masa pada Laman Web mengikut budi bicara. Dengan menerbitkan, memuat naik, memasukkan, menyediakan atau menghantar sebarang bahan, Pengguna mewakili diri mereka sendiri atau mengawal hak mereka terhadap bahan yang dihantar seperti yang telah dinyatakan pada bahagian ini termasuk, tanpa terhad, kesemua hak yang diperlukan oleh Pengguna untuk menyediakan, menerbitkan, memuat naik, memasukkan, atau menghantar bahan tersebut.
|
|
14. Bahasa
|
|
|
14.1 Jika Laman Web menyediakan kepada Pengguna terjemahan kepada versi Bahasa Inggeris, Pengguna bersetuju bahawa terjemahan disediakan hanya bagi tujuan kemudahan dan versi Bahasa Inggeris kepada Perjanjian ini akan mentadbir hubungan Pengguna dengan DXN.
|
|
|
14.2 Jika terdapat sebarang percanggahan kepada Perjanjian dalam versi Bahasa Inggeris dengan terjemahannya, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.
|
|
15. Undang-undang Mentadbir
|
|
|
15.1 Undang-undang pentadbiran bagi Perjanjian ini adalah undang-undang bagi Malaysia tanpa mengira lokasi anda berada atau bidang kuasa apabila mengakses Laman Web tersebut.
|
|
|
15.2 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Perjanjian ini, anda boleh menghubungi kami melalui borang yang disediakan dengan klik DI SINI
|